Bagaimana cara untuk mengoptimumkan resolusi gambar tanpa menjejaskan kualiti gambar

Kali ini Padi nak berkongsi cara untuk mengoptimumkan resolusi gambar tanpa menjejaskan kualiti gambar tersebut. Apa yang Padi maksudkan optimum pada post kali ini adalah bagaimana cara nak kurangkan saiz resolusi gambar itu tanpa menjejaskan kualitinya.

Seperti yang kita tahu rata-rata gambar mempunyai saiz dalam megabyte tidak kurang daripada 5mb. Jadi andai kita mempunyai beratus gambar akan ia menyebabkan kita memerlukan kapasiti storan yang besar untuk menyimpan gambar tersebut samada di dalam peranti smartphone atau di PC . Mungkin kita boleh menyimpan di Google Drive gambar-gambar tersebut tetapi sampai masa nanti, storan Google Drive akan penuh dan memerlukan anda untuk upgrade storan atau delete sebahagian gambar di dalam Google Drive.

Pengoptimuman gambar juga penting untuk sesebuah laman web. Lebih-lebih lagi sekiranya laman web itu memaparkan banyak gambar di halaman web mereka. Resolusi atau saiz gambar yang besar akan menyebabkan masa capaian web menjadi perlahan untuk loading dan buka keseluruhan laman web. Tempoh kependamanpenghantaran data daripada server ke pengguna akan menjadi perlahan.

Oleh sebab yang demikian, optimum gambar atau image ini amatlah penting. Jadi teknik yang mudah untuk mengoptimumkan gambar tanpa menjejaskan kualiti gambar adalah menggunakan perkhidmatan servis ShortPixel. Shortpixel merupakan sebuah laman web yang mampu mengoptimumkan kualiti gambar sehingga 90%. Ia bermaksud gambar yang 5 megabytes akan kurang menjadi 0.5 mega bytes.

Shortpixel menawarkan 100 kredit percuma untuk mencuba perkhidmatan mereka. untuk menggunakan perkhidmatan Shortpixel layari laman web https://shortpixel.com/

Sebenarnya web Padi juga menggunakan khidmat ShortPixel 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.