Apakah itu SEO?

Seo itu adalah singkatan daripada Search Engine Optimization. Seo ini amatlah penting kerana ia merupakan faktor utama untuk membuatkan web anda di dikenali dan disukai oleh Search Engines seperti Google, Bing, Yahoo dan lain-lain. Kebanyakan web yang disukai Search Engines akan selalu berada di page awal di Search Engines. Sebagai contoh, web anda berkisar mengenai “Emas” jika orang mencari di google Search Engines dan web anda berada di page pertama. Maksudnya web anda telah melakukan Teknik SEO yang tepat untuk berada di page pertama.  SEO merupakan proses mendapatkan pengunjung ke website secara organik dan natural. SEO ini bukanlah iklan yang berbayar. Ia Teknik unggul untuk meningkatkan trafik ke website dan ranking di search engines tanpa menggunakan modal untuk pengiklanan online.

Ada beberapa cara untuk membuatkan Search Engines menyukai website anda. Antaranya adalah:-

  • Ketepatan pemilihan “keyword” yang menarik berdasarkan kriteria web anda.
  • Kelajuan website yang laju, isi kandungan web yang menarik atau unik
  • Content website yang segar
  • Tidak mencuri atau menciplak hak cipta orang lain),
  • Mempunyai backlink yang banyak dari web-web lain

Proses SEO ini perlulah dilakukan secara berterusan tanpa henti dan jemu. Padi selalu berpegang pada prinsip “Apalah guna website yang cantik dan indah, tetapi tiada pengunjung”.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Malay
Keluar dari versi mudah alih