Dapatkan domain name percuma untuk perniagaan anda

Adakah anda mempunyai perniagaan sendiri, tak kira perniagaan, kecil, sederhana ataupun PKS. Anda layak untuk menebus domain percuma untuk perniagaan anda. Tawaran hebat ini telah dilancarkan oleh Mynic iaitu satu penyedia domain .MY Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, Domain percuma ini adalah salah satu inisiatif khas daripada kerajaan melalui program PRIME. Program ini adalah untuk membantu usahawan-usahawan terutamanya usahawan baru bertapak untuk menggunakan medium online dan seterusnya mendidik secara inklusif mempromosikan jenama perniagaan secara online dan offline.

Selain itu domain name secara percuma diharapkan dapat mempromosikan perniagaan-perniagaan di dalam dan luar negara secara lebih menyeluruh. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendaftarkan domain name percuma ini. Banyak kelebihan sekiranya perniagaan anda mempunyai domain name sendiri. Daftr domain name percuma untuk perniagaan anda sekarang.

Layari laman web Mynic untuk menebus domain percuma untuk perniagaan anda. https://mynic.my/prime/

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.