Lawatan ke Aquaria KLCC

Pada hari Sabtu yang lepas, Padi berkesempatan untuk melawat ke Aquaria KLCC yang terletak berhampiran dengan Menara KLCC. Rombongan kali ini melibatkan 5 orang dewasa dan 3 kanak-kanak. Sebagai persediaan, tiket dah dibeli secara online di shopee, jadi tak perlulah beratur panjang nanti di kaunter tiket.

Padi sekeluarga telah memulakan perjalanan pada pukul 11pagi sebab nak mencari parking. Padi cadangkan untuk parking di bangunan Menara Getah Asli Malaysia yang berhadapan dengan KLCC kadar bayaran parking disini agak murah rm8 sehari (pada hari cuti sabtu dan ahad) berbanding parking di KLCC atau KLCC convention centre yang jauh lebih mahal.

Selesai parking Bangunan Getah Asli (Menara), kami berjalan kaki beberapa minit untuk ke KLCC, menyusuri Menara KLCC dan melintasi KLCC Park dan seterusnya memasuki Bangunan KLCC Convention Centre. Aquria KLCC terletak di bawah bangunan Convention Centre.

Setelah lebih kurang 13 minit berjalan akhirnya kami tiba ke Aquaria KLCC, seperti yang dijangka ramai orang sedang beratur untuk membeli tiket. Padi bersyukur sebab dah beli tiket secara online, dan ada lorong khas untuk pembeli tiket online. Jadi tak perlulah beratur panjang untuk masuk ke dalam Aquaria KLCC

Sebenarnya Aquaria merupakan sebuah akuarium yang amat besar yang menempatkan berbagai jenis spesis hidupan laut yang jarang kita lihat. Aquria KLCC juga adalah berkelas dunia. Terdapat terowong bawah air yang membolehkan kita mengalami pengalaman seperti seolah-olah berada didasar laut bersama spesis-spesis hidupan laut yang pelbagai. Ada beberapa tarikan menarik di Aquaria KLCC, antaranya spesis pemangsa seperti Ikan Jerung yang agak besar, penyu, ikan pari, obor-obor, kuda laut, berbagai spesis udang dan pelbagai lagi spesis hidupan dasar laut. Selain itu terdapat juga batu-batu karang yang beraneka saiz dan warna. Selain itu terdapat juga ruangan spesis air tawar antaranya ikan arapaima, ikan piranha dan lain-lain.

Bergambar bersama lion fish di Aquaria KLCC
https://cdn.official.my/wp-content/uploads/2022/06/shark-AquariaKLCC.mp4

Sebagai rakyat Malaysia, Padi amat berbangga kerana kita mempunyai sebuah tangki akuarium yang besar yang menempatkan pelbagai hidupan marin di tengah-tengah ibu kota. Kita tak perlu nak mengeluarkan modal beribu-ribu ringgit untuk keluar negara untuk melihat pelbagai hidupan marin kerana kita mempunyai Aquaria KLCC merupakan sebuah Akuarium bertaraf dunia. Padi boleh bagi jaminan kawasan di Aquaria ini sangat bersih, akuarium pun tidak kotor. Memang puas hati.

Jadi kepada semua rakyat Malaysia. Ayuh kita ke Aquaria KLCC untuk merasai sendiri pengalaman melihat pelbagai hidupan marin berenang di sebelah dan di atas kita. Selalu tengok di tv sesekali datanglah ke Aquaria KLCC walaupun sekali seumur hidup kerana negara kita juga mempunyai fasiliti akuarium yang besar dan bertaraf dunia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Malay
Keluar dari versi mudah alih