Kerajaan mengumumkan TOL PERCUMA sempena hari raya

Alhamdulillah baru sebentar tadi kerajaan telah mengumumkan tol percuma sempena Hari Raya Aildilfitri 2022. Pengumuman ini semestinya memberikan kelegaan kepada rakyat kerana setelah lama tidak pulang ke kampung disebabkan pendemik Covid-19. Secara tidak langsung dapat mengurangkan beban rakyat khususnya yang berada dalam golongan B40 dan kebawah.

Tol percumaterbahagi kepada 2 fasa iaitu :-

  1. 0001 HRS 30 April sehingga 2359HRS 1 Mei 2022
  2. 0001 HRS 7 Mei sehingga 2359HRS 8 Mei 2022

Untuk makluman semua, terdapat terdapat sejumlah tol yang diberikan bayaran secara percuma. Bukan semua tol. Antara tol yang diberikan percuma adalah Tol PLUS (Tol Lebuh Raya Utara Selatan), TOL Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebih Raya Seremban- Port Dickson, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Laluan kedua Malaysia-Singapore (LINKEDUA), Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2), Lebuhraya KL -Karak.

Manakala Tol-tol yang lain masih dikenakan bayaran, cuma ada yang diberikan diskaun 30% sehingga 50%. Syabas kepada kerajaan atas keprihatinan berusaha untuk membantu mengurangkan beban rakyat dengan memberikan TOL percuma. Maklumat Lanjut dibawah

Akhir kata Padi berharap semua orang dapat pulang dan kembali dengan selamat sepanjang Hari Raya. Semoga kita semua dilindungi daripada perkara yang tidak baik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.