Pada harini saya nak mengajar cara untuk host web wordpress menggunakan cloud server digital ocean. Sebelum bermula anda digalakkan untuk mendaftar akaun di sana. Daftar akaun digitalocean untuk mendapatkan kredit percuma $USD 200 dan tempoh percubaan 2 bulan secara percuma.
Saya pernah menggunakan Google Cloud Platform, Amazon AWS (amazon web services), boleh dikatakan Digital Ocean mempunyai antaramuka (interface) yang lebih mudah untuk difahami dan tidak serabut berbanding yang lain.
Langkah Pertama: Login ke dalam akaun digital ocean anda, menerusi alamat https://cloud.digitalocean.com/login

Setelah itu pilih create project. Bahagian ni amat mudah. Boleh masukkan nama projek dan maklumat projek. Untuk ruangan tell us what it’s for bolehlah pilih Just trying DigitalOcean

Setelah siap cipta projek, tengok di ruangan atas tu click Create dan pilih Droplets. Boleh semak image dibawah, image yg dah di besarkan.

Bahagian seterusnya pula adalah memilih lokasi server. Untuk panduan kali ini, saya menggunakan server yang berpusat di Singapore.

Setelah itu scroll ke bawah untuk choose an image. Pilihan yang asal adalah OS, tapi anda perlu click di ruangan Marketplace. Rujuk gambar di bawah di ruangan Search Keyword tu cuba cari WordPress.

Untuk tutorial kali ini, saya menggunakan WordPress versi Open Lite Speed WordPress

Selepas itu, scroll ke bawah dan pilih spesifikasi Cloud Server yang anda perlukan. Untuk tutorial ini saya memilih Basic, CPU menggunakan Premium Intel NVME SSD menggunakan 1GB Ram 25GB Storage dan 1000GB bandwidth. Kos bulanan hanya sekitar USD7 Dollar. Sekiranya anda memilih spesifikasi cloud server yang lebih tinggi anda akan membayar kos yang lebih tinggi.

Seterusnya scroll lagi ke bawah untuk ruangan Choose Authentication Method iaitu kaedah pengesahan untuk Droplets di atas. Anda di perlu menggunakan sekurang-kurangnya 8 aksara. Mestilah mempunyai gabungan aksara Huruf Besar dan nombor. Perlu diingatkan yang anda tidak boleh menggunakan huruf besar di hadapan atau di akhir. Sebaiknya letak huruf besar ditengah. Selepas selesai simpan password tu di tempat yang selamat.

Jangan lupa untuk enable backup. Ia sangat penting untuk digunakan sekiranya wordpress anda down di masa akan datang. Anda akan dicas sebanyak USD 1.40 sebulan untuk backups. Digital Ocean akan backup seminggu sekali web anda. Sekiranya terdapat masalah anda boleh restore semula website anda. Di ruangan hostname anda boleh namakan apa saja nama berkaitan web. Jumlah bayaran setiap bulan adalah sebanyak USD 8.4. Setelah itu click Create Droplet di ruangan bawah. Tahniah anda telah berjaya host wordpress di Digital Ocean.
