Pengalaman menggunakan Google Cloud Platform

Google Cloud Platform @ GCP ini satu perkhidmatan perkomputeran awan yang dibina oleh Google. Banyak benda yang boleh kita buat dengan GCP. Antaranya sebagai medium hosting, perkhidmatan yang pelbagai fungsi dan inovasi yang terkini, dimana dikhususkan untuk perniagaan atau perkhidmatan berorientasikan kreativiti dan inovasi.

Antara perkhidmatan yang popular di GCP adalah Blogging, Translate, Transcribe (Perkhidmatan menukarkan audio@suara menjadi teks, dan berbagai lagi fungsi yang menarik dalam GCP. Dah hampir 3 bulan Padi menggunakan perkhidmatan GCP ini. Padi menggunakan platform WordPress Blog yang dikuasakan oleh Google Cloud Platform. Google Cloud Platform ini sangatlah power dan dasyat kerana ia menggunakan fasiliti dan kecanggihan teknologi terkini. Jika sebelum ini, Padi hostkan web ke Hostgator shared hosting. Prestasi agak mendukacitakan.

Jadi baru-baru ini padi cuba untuk menggunakan hosting GCP, Jujur Padi nampak GCP ini memang tersangat power. GCP ini sesuai untuk mereka yang sukakan pengalaman website yang laju dan pantas. Harga GCP ini tidaklah mahal, dan tidaklah terlalu murah, andai di bandingkan dengan VPS atau dedicated server. Pada secara jujurnya menggunakan lebih kurang rm1 sehari untuk kadar sewa hosting di GCP. Sebulan lebih kurang RM30 yang diperuntukkan untuk web-web Padi.Tambahan pula GCP ini menggunakan konsep pay-per-use. Jadi anda akan di cajkan dengan kadar penggunaan sahaja.

Anda boleh saja memilih berapa jumlah data yang diperlukan dan RAM mengikut kemahuan anda, semakin tinggi spec yang anda pilih semakin meningkat harganya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Malay
Keluar dari versi mudah alih