Bagaimana cara untuk menjana pendapatan melalui website atau blog anda

Website adalah satu platform yang penting untuk menghubungkan manusia dengan dunia tanpa sempadan. Ada yang membuat website untuk sebagai hobi, ada juga yang menjalankan perniagaan dengan perniagaan online, ada juga menggunakan web untuk tujuan pembelajaran, perniagaan. Selain tu ada juga yang menggunakan web untuk tujuan perkongsian multimedia dan lain-lain.

Terdapat berbagai cara untuk menjana pendapatan menggunakan website. Antaranya ada pengiklanan. Sekiranya anda seorang blogger, anda digalakkan untuk menjana pendapatan menerusi pengiklanan. Slot-slot kosong di sesebuah laman web juga dapat digunakan untuk pengiklanan. Iklan yang sesuai digunakan pada slot kosong tersebut adalah iklan gambar ataupun dikenali sebagai banner advertising. Terdapat beberapa bayaran yang dikenakan kepada pengiklan bergantung kepada saiz banner tersebut. Tempoh pengiklanan adalah dalam kitaran iklan adalah tempoh bulanan atau tahunan. Antara kelebihan ini, anda boleh menentukan harga sesebuah iklan banner tu. Sekiranya website atau blog anda mempunyai pengunjung bulanan yang tinggi Padi pasti ramai orang pasti akan tempah setiap slot yang ada di website anda.

Selain itu ada satu cara menjana pendapatan melalui Google. Program ini dinamakan Google Adsense. Ramai webmaster dan blogger di luar sana menjana pendapatan melalui Google Adsense, bahkan ada juga yang menjana puluhan ribu ringgit sebulan. Pengiraan pendapatan adalah berasaskan jumlah Click sesuatu iklan dan harga satu click (cost per click) Semakin banyak click bermakna semakin tinggi pendapatan website anda.

Tetapi bukan mudah untuk mendaftar Program Google Adsense. Setiap permohonan akan disemak sebelum diterima menyertai Program Google Adsense. Sekiranya anda mempunyai content yang baik dan unik, bilangan page yang banyak. Anda digalakkan untuk menyertainya.

Untuk menyertai Google Adsense layari http://adsense.com/

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

ms_MYMalay