Tips untuk membeli domain name

Nama Domain adalah alamat sesebuah laman web atau dipanggil Domain URL (Uniform Resources Locator). Nama Domain mempunyai berbagai perkataan, aksara samada gabungan huruf dan nombor yang menggunakan .com/.net/ .org dan lain-lain.

Semua orang boleh membeli nama domain, asalkan tiada orang yang daftar nama domain tersebut. Terdapat beberapa penyedia yang menjalankan perkhidmatan pendaftaran nama domain ini. Antaranya yang popular adalah:-

  1. Google Domain
  2. GOdaddy
  3. Name Cheap

Harga nama domain ini bergantung pada sambungan yang anda beli. Contohnya untuk nama domain popular (Top Level Domain) seperti .com / .net /.org/ .biz adalah lebih murah berbanding nama domain yang menggunakan sambungan kod negara. (.my / .uk / .th /.sg) dan sebagainya

Nama domain ini perlu di perbaharui setiap tahun, sekiranya anda tidak memperbaharui nama domain itu, maka anda mungkin akan kehilangan nama domain buat selamanya.

Pengalaman Padi sebelum ini, Padi pernah membeli nama domain pada tahun 2008 di sebuah laman web persendirian, masuk tahun berikutnya penjual nama domain itu bungkus awal dan tutup perniagaan. Jadi nama domain padi waktu tu tersangkut dan tidak dapat di renew. Sejak tahun 2009 sampailah ke tahun2022, Padi tak dapat beli nama domain yang mula-mula Padi beli. Sebab andai kita tak perbaharui nama domain, ada syarikat luar terutamanya, syarikat taikun besar pemborong nama domain akan beli nama domain yang tak diperbaharui.

Jika nama domain tidak diperbaharui sebelum tarikh tamat tempoh dicapai, nama domain itu memasuki apa yang biasanya dirujuk sebagai Tempoh Ihsan (Grace Period). Tempoh Ihsan biasanya berlangsung antara 0 dan 30 hari dan selalunya tidak mempunyai sebarang kos tambahan yang berkaitan dengannya yang membenarkan nama domain masih diperbaharui pada kadar biasa. Setelah tamat tempoh ihsan , domain akan tamat tempoh dan setelah itu akan di delete. Jadi sesiapapun boleh mendaftarkan semua nama domain tu. Kelebihan beli nama domain yang dah tamat tempoh memang besar. Sebab kebanyakan domain yang tamat tempoh dah mempunyai traffik dan pengunjung yang tersendiri. Jadi pembeli baru tidak perlu risau nak promosikan nama domain itu.

Tips untuk membeli nama domain,

  1. kalau boleh belilah nama domain di syarikat yang kukuh jangan sesekali beli syarikat kecil atau persendirian. Sebab sekiranya syarikat itu gulung tikar. Anda mungkin akan kehilangan nama domain tu buat selamanya.
  2. Cari nama domain seringkas atau sependek yang boleh. Carilah nama domain .com sebab .com ni lebih popular berbanding dengan sambungan yang lain.
  3. Cari nama domain yang mudah di ingat, dan menjadi buat mulut masyarakat. Contohnya TehTarik.com, Tiber.com dan lain-lain. Cari nama yang unik dan senang diingati.
  4. Jangan lupa perbaharui nama domain setiap tahun.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Malay
Keluar dari versi mudah alih