Cara untuk melindungi laman web anda dari serangan DDOS secara percuma.

Tahukah anda apakah itu serangan DDOS? DDOS merupakan singkatan “Distributed Denial-of-Service (DDoS) “ Ia merupakan salah satu cara untuk melumpuhkan sesebuah laman web sehinggakan website itu down dan tidak boleh diakses oleh sesiapapun.

Serangan DDOS ini berfungi dengan menggunakan serangan bertali arus secara berterusan ke sesebuah laman web. Serangan ini dilakukan penjenayah menggunakan berbagai peranti ada sehingga ratusan dan ribuan peranti melakukan permintaan untuk mengakses sesebuah laman web itu secara serentak. Bayangkan sekiranya serangan ini dilakukan secara serentak keatas sesebuah laman web dari berbagai lokasi. Ia akan menyebabkan server stress dan tidak dapat menampung kebanjiran akses yang naik mendadak dalam masa yang singkat. Serangan ini termasuk kebanjiran UDP (User datagram protocol), kebanjiran ICMP (internet control message protocol) dan kebanjiran paket palsu yang lain

Terdapat Lebih daripada 5.4 juta serangan DDoS telah dilaporkan pada separuh pertama 2021. Ini menunjukkan peningkatan 11% berbanding 2020.

Serangan ini boleh membuatkan website kita offline dan down tanpa kita sedar dan secara tidak langsung membuatkan kita kehilangan prospek dan pelanggan. Jadi sebagai webmaster kita perlulah membuat persediaan awal dalam menghadapi serangan DDOS.

Antara cara yang dan mudah dan percuma untuk melindungi web anda dari serangan DDOS adalah menggunakan perkhidmatan Cloudflare kebanyakan laman web di dunia ini menggunakan perkhidmatan Cloud Flare.

Untuk pengguna Percuma, web anda akan dilindungi Unmetered DDoS Protection for Layers 3-7 tetapi sekiranya anda mempunyai modal yang lebih tidak salah untuk menggunakan pakej premium oleh Cloudflare. Pakej Pelan Premium Pro Cloudflare adalah serendah $20usd sebulan. Padi berpendapat tidak rugi pun sekiranya anda melanggan $usd 20 sebulan sekiranya anda serius dalam melindungi aset dan website anda dari serangan penjenayah

Untuk mendaftar laman web layari laman web https://dash.cloudflare.com/sign-up

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.