Panduan membeli rumah di usia muda.

Semua orang hendak membeli rumah, kata orang beli rumah di usia muda kerana perkembangan karier, permulaan hidup bermula pada usia muda. Kebanyakan belia lepasan sekolah atau universiti akan mula mencari pekerjaan dan berusaha untuk memulakan kehidupan masing-masing.

Beli rumah di usia muda merupakan satu tindakan yang amat bijak, kerana harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika dibandingkan dengan aset yang lain seperti kereta dan lain-lain. Rumah merupakan aset jarang susut nilai.

Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, harga rumah di Malaysia secara puratanya meningkat antara 10 hingga 20 peratus setiap tahun. Oleh sebab yang demikian golongan muda digalakkan untuk membeli di usia muda kerana pinjaman yang rendah jika dibandingkan membeli diusia lebih tua. Ada kajian menunjukkan golongan berusia 40 tahun masih tidak memiliki rumah.

Justeru itu, pemilikan dan pembelian rumah di usia rumah amatlah digalakkan seperti pepatah orang dahulu bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kawal nafsu dan keinginan untuk membeli kereta yang mahal, membuat pinjaman peribadi atau lain-lain yang boleh membuatkan kewangan anda terganggu. Sebaliknya beli rumah dahulu sebelum membeli aset-aset yang lain.

Padi nak kongsi ada satu laman web yang memaparkan projek-projek rumah mampu milik di Malaysia. Laman web tersebut adalah projekrumah.com. Antara yang menarik mengenai laman web ini adalah, kebanyakan projek rumah di dipaparkan adalah tanpa deposit, tanpa yuran guaman dan tanpa bayaran booking. Projekrumah.com memudahkan golongan belia untuk memiliki rumah sendiri tanpa mengeluarkan sebarang kos. Ramai orang risau untuk membeli rumah kerana bayaran deposit yang tinggi serta ada yuran booking yang tidak masuk akal.

Jadi untuk golongan belia di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk memiliki rumah, manfaatkan usia muda untuk membina aset sebelum bersara.

ps:Alhamdulillah Padi dah membeli rumah pada usia sebelum 30 tahun.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

ms_MYMalay